PERANAN FAMA DALAM MENINGKATKAN EKONOMI MASYARAKAT

PERANAN FAMA DALAM MENINGKATKAN EKONOMI MASYARAKAT



PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)


NAMA: NURUL AMIRAH BT ZULKIFLI.
              (12DEE17F1015)
            : NOOR NAJIHAH BT AZMI. 
              (12DEE17F1042)
            : NUR ALAINATASYA BT MOHD ZANURAN.
              (12DEE17F1044)
            : NORSURIATI BT RAZALI.
              (12DEE17F1040)
TAJUK: PERANAN FAMA DALAM MENINGKATKAN EKONOMI MASYARAKAT
PROGRAM: DEE1B
SESI: JUN 2017
NAMA PENSYARAH: PUAN SURIA BINTI EMBONG.

JABATAN: KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK.


PENGHARGAAN

Pertama kali syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya dapat kami menyiapkan kerja khusus bagi kumpulan kami, Terima kasih juga tidak terhingga kepada semua individu yang telah membantu kami melaksanakan kerja kami ini secara langsung ataupun tidak langsung. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Suria binti Embong kerana banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar beliau kepada kami. Buat semua kawan-kawan, kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan kalian sehingga kami dapat menyiapkan kerja ini. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan dalam tugasan kami. Segala kekurangan harap dimaafkan, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami semua.


PENGENALAN

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Federal Agricultural Marketing Authority atau dikenali sebagai (FAMA) ditubuhkan untuk bertanggungjawab menyelia, menyelaras dan meningkatkan pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta produk-produk industri asas pertanian.
Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan dan peningkatan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna masyarakat. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah sedang menggiatkan usaha-usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran dengan memberi fokus kepada perkara-perkara seperti memperkukuhkan bekalan melalui program ladang kontrak, memperluaskan akses pemasaran dan meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport. FAMA adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1965 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Malaysia.


PERANAN FAMA DALAM MENINGKATKAN EKONOMI MASYARAKAT


1)PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC)


  • RTC ialah pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai tambah yang tinggi. Di RTC, penduduk-penduduk tempatan akan dapat;
          a)Menjual produk pertanian berbentuk nilai tambah tinggi secara terus.
          b)Membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah.
          c)Mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawanan.
          d)Mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secarara terus.
          e) Berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan.


2)LADANG KONTRAK
  • Di bawah RMKe-9, sektor pertanian diberi tumpuan yang khusus terutamanya aktiviti-aktiviti pengeluaran dan nilai tambah yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi ketiga negara. Penekaan diberikan kepada beberapa aspek pembangunan pertanian termasuk pengeluaran berkualiti yang mampunyai nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti pemprosesan, penggedaran, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.
  • Program Ladang Kontrak adalah satu projek berimpak tinggi yang di perkenalkan sebagai salah satu mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal. Program ini di jalankan secara integrasi di bawah konsep MOA Inc. melibatkan jabatan atau agensi seperti objektif utama yang telah ditetapkan bagi program Ladang Kontrak.
  • Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Kementerian Pemodenan Petanian Sarawak sebagai pengeluar dan FAMA. Lembaga perindustrian Nanas Malaysia bertindak sebagai pembeli dan bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman di manan petani mengeluarkan hasil tanaman seperti yang dikehendaki.

          a)Lembaga Pemasaran Petanian Perseketuan.
          b)Jabatan Pertanian.
          c)Lembaga Pertunuhan Peladang.
          d)Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
          e)Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.
          f)Agrobank.
          g)Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah.
          h)Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak.
          i)Menjamin pasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar.
          j)Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran.             
          k)Memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti serta menepati kehendak pasaran melalui .         l)Amalan Pertanian Baik (GAP).
         m)Mempercepatkan pemindahan teknologi di dalam rantaian bekalan.


3)PUSAT PENGUMPULAN (CC) DAN PUSAT  PENGEDARAN (DC)
  • FAMA telah mewujudkan Pusat Pengumpulan Ladang (CC) dan Kompleks Pengumpulan Ladang (KPL) di peringkat pengeluaran hasil pertanian. Projek tersebut bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pemasaran pertanian melalui amalan pengendalian selepas tuai, meningkatkan mutu pengedaran, pelebalan serta sebagai pusat saluran informasi pertanian. Buat masa ini FAMA telah membangunkan sebanyak 91 buah Pusat Pengumpulan yang melibatkan seramai 2,232 orang peserta.
  • FAMA juga mewujudkan pusat-pusat pengedaran di kawasan bandar utama yang berhampiran dengan kompleks pasar borong sedia ada. Pusat Pengedaran (DC) berperanan sebagai pusat penerimaan, tambah nilai dan seterusnya mengedarkan hasil-hasil keluaran pertanian ke rangkaian pasaraya dan institusi. Pusat pengedaran mempunyai kemudahan dan peralatan untuk urusan pembungkusan semula, penyimpanan, pemeraman dan khdmat logistik penghantaran.
  • Selain berfungsi sebagai pusat edaran produk pertanian, pusat ini turut berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat berkaitan pemasaran hasil pertanian dan teknologi yang berfaedah kepada petani dan pengusaha. Terdapat sebanyak 14 buah pusat pengedaran FAMA sedang beroperasi di seluruh negara.


4)MALAYSIA'S BEST

  • Malaysia Best adalah merupakan sebuah lambang pengesahan kualiti dan keselamatan makanan hasil peranian Malaysia yang memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk yang mempunyai mohor tersebut telah melepasi tahan kawalan kualiti di peringkat ladang lepas tuai yang ditetapkan oleh Kemnterian Pertanian dan Industi Asas Tani setaraf dengan standard antarabangsa seperti Europgap.
  • Program Malaysia's Best telah di rangka dengan tujuan untuk mewujudkan satu jenama payung  (umbrella brand) yang berkesan bagi tujuan promosi di dalam atau pun di luar negara. Ia juga bertujuan untuk menanamkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keselamatan hasil tempatan dan seterusnya membina satu imej yang baik untuk barangan pertanian Malaysia.


5)SISTEM PEMADANAN MAKLUMAT BEKALAN DAN        PERMINTAAN

  • SDV merupakan satu sistem bersepadu yang dibangunkan oleh FAMA bagi memantau keseimbangan kedaan pasaran dengan mengenal pasti permintaan hasi-hasil pertanian dan seterusnya pengeluaran.
  • Antara malamat utama SDV ialah untuk membantu pertumbuhan sektor pertanian menerusi teknologi maklumat (ICT)  dengan memperkenalkan sisitem dan penawaran serta menginterasikan maklumat keperluan pasaran dengan keadaan bekalan. Ia mengenal pasti anggaran permintaan dan bekalan dalam menangani lebihan atau kekurangan bekalan pada sesuatu masa. Dengan maklumat permintaan, pengeluaran dan harga pasaran komoditi berasaskan pertanian di seluruh negara, maka harga pasaran serta kualiti pengeluar dapat di tetapkan supaya bekalan dan permintaan boleh diwujudkan secara seimbang.


6)PASAR TANI MEGA & GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR

  • Pasar Tani Mega diperkenalkan bagi memberikan satu anjakan imej yang baru dan seterusnya mengekalakan daya saing pasar  tani. Ia merupakan satu lambang kejayaan milik bersamam usahawan tani yang menjadi perserta pasar tani dan juga pengeluar iaitu petani, penternak dan nelayan. Pasar Tani Mega memperkenalkan beberapa ciri baru yang menonjolkam suasana ceria, mesra pelanggan dan peragaan barangan yang lebih kems, teratur dan ' Hygenic' serta ruan membeli belah yang lebih luas. Sehingga akhir tahun 2006, sebanyak 35 buah Pasar Tani Mega telah diwujudkan.
  • Sehingga kini FAMA telah berjaya membangunkan seramai 163 usahawan dengan 326 gerai di seluruh negara.Selain itu, FAMA juga mewujudkan Gerai Buah-buahan Segar yang merupakan salah satu daripada program pembangunan usahawan di bawah bimbingan FAMA
  • GBBS menjadi saluran alternatif kepada pengguna mendapatkan buah-buahan yang berkualiti serta sebagai ruang kepada usahawan untuk meningkatkan urus niaga buah-buahan. Program ini merupakan satu usaha bagi menarik orang ramai mendapatkan bekalan secara langsung dan seterusnya meningkatkan penggunaan perkapita buah-buahan tempatan.
  • Ia merupakan rangkaian gerai jualan buah-buahan milik usahawan sdia ada di seluruh negara yang telah di pilih untuk di tambah baik dengan imej yang seragam dan susun atur yang kemas serta menarik.

                


7)OLEMAS DAN AGROMAS

  • OLEMAS merupakan satu jenama nasional barangan makanan keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah melepasi satu tahap kualiti yang mampu bersaing dengan produk lain di pasaran.
  • AGROMAS pula merupakan jenama produk yang di edarkan oleh FAMA. Produk-produk yang di jenamakan di bwah AGROMAS adalah merupakan produk-produk yang terpilih dan berpotesi untuk berkembang. Ia terdiri daripada produk keluaran kilang FAMA sendiri dan juga keluaran dari kalangan pengusaha PKS tempatan yang berdaya saing dan maju
  • Program penjenamaan produk keluaran PKS ini di bangunkan bersama antara jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Asil kerjasama ini telah menempatkan 6 jenis produk di pasaran sejak tahun 2004 iaitu Sri Kaya Madu, Kuah Rojak Madu, Sos Cili Padi, Sos Pedas Berkicap, Sos Nenas Bercili dan Kuah Percik.


8)PEMBANGUNAN SISTEM & KAWALAN PASARAN

  • Dalam era globalisasi dan liberalisasi persaingan dalam pasaran hasil-hasil pertanian menjadi amat sengit. Faktor kualiti seperti penerapan 'standard' dan 'traceability' pembungkusan yang baik dan menarik akan menjadi kelebihan kepada sesuatu keluaran.
  • FAMA akan melaksanakan Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Petanian Persekutuan  (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang menetapkan beberapa perkara FAMAM juga telah mengaplikasikan  e-Permit bagi membolehkan permit import (menerima dan memproses permohonan permit) dikeluarkan secara elektronik. Semua informasi permit import yang diluluskan dihantar secara elektronik ke Jabatan Kastam Malaysi. Sistem ini di bangunkan secara "web-based" Perlaksanaan e-Permit telah di bangunkan pada awal tahun 2004 dan FAMA merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang pertama melaksanakan sistem ini.\

          a)Standard gred keluaran pertanian.
          b)Standard pembungkusan keluaran pertanian.
          c)Standard pelabelan kepada pembungkusan.
          d)Pengeluaran perakuan untuk keluaran pertanian yang akan di eksport.

9)PEMBANGUNAN URUSNIAGA

  • Pada tahun 2008, FAMA akan terus memperkukuhkan urusniaga dengan  menetapkan unjuran 10% daripada nilai saiz pasaran hasil-hasil pertanian. Program pembangunan urusniaga dilaksanakan dengan tujuan untuk menjamin pasaran serta mendapatkan laluan bagi pasaran dan prooduk baru. Program ini dilaksanakan melalui penglibatan FAMA secara terus dalam aktiviti pembelian dan jualan hasil-hasil pertanian oleh Jabatan / Agensi di bawah Kementeian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti Kontrak Pemasaran, Taman Kekal Pertanian Makanan (TKPM) dan ladang nukleus. Program ini juga dapat mengatasi masalah lambakan buah-buahan segar dalam negara yang sering berlaku pada waktu pengeluaran buah-buahan bermusim.
  • FAMA telah menetapkansasaran urusniaga sebanyak RM 1002 juta meliputi jualan secara langsung sebanyak  RM 100 juta (produk segar dan proses   RM 80 juta  serta eksport RM 20 juta)  dan jualan secra tidak langsung sebanyak RM 902 juta (melalui pasar tani RM 350 juta, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) RM 350 juta dan pengaturan pasaran produk proses RM 302 juta). Bagi memperkukuhkan perkhidmatan ini, FAMA telah mewujudkan lima pejabat wilayah yang akan menguruskan 34 buah pusat-pusat operasi yang akan terlibat dalam aktiviti pembelian dan jualan hasil-hasil pertanian di seluruh negara.



10)MODAL INSAN

  • Insan merupakan salah satu modal terpenting yang dibangunkan bagi mewujudkan pengurusan keupayaan yang strategik dalam menyokong FAMA sebagai Organisasi Berasaskan Pengetahuan. Program latihan yang dibangunkan adalah untuk meningkatkan kompentasi di kalangan kaki tangan serta usahawan.


RUMUSAN

Konklusinya, Lembaga Pemasaran Persektuan Pertanian atau dikenali sebagai (FAMA) adalah mempunyai peranan yang cukup besar kepada masyarakat pada masa kini dan seterusnya, sektor pertanian perlulah digerakkan kembali dengan penaruh beberapa strategi yang mampu supaya segala kemaslahatannya dapat dinikmati masyarakat Malaysia keseluruhannya.Saya begitu optimistik dengan segala kelebihan yang kita ada. Peranan FAMA pasti mampu meningkatkan ekonomi masyarakat di negara kita ini. Akhir kata slogan ' Pertanian satu peranan penting bagi masyarakat' perlulah diselami maknanya dengan lebih mendalam.


BAHAN RUJUKAN

a)Sumber google-PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR
b)FAMACO - Pengimport & Pengeksport Buah-buahan, Sayur-sayuran dan produk Process
c)Sumber google- PASAR TANI MEGA DAN BUAHAN SEGAR

d)Peranan FAMA dalam meningkatkan ekonomi masyarakat.



Comments

Popular posts from this blog

Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran dan Sains Berdasarkan dalil-dalil yang Sahih