Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran dan Sains Berdasarkan dalil-dalil yang Sahih
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN DAN SAINS BERDASARKAN DALIL-DALIL YANG SAHIH
TAJUK : HURAIKAN TENTANG PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN DAN SAINS BERDASARKAN DALIL-DALIL YANG SAHIH
JABATAN : JKE
PROGRAM : DEE2C
SESI : DISEMBER 2017
NAMA PENSYARAH : EN. ABDUL GHANI JUSOH
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
(DUA2012)
JABATAN : JKE
PROGRAM : DEE2C
SESI : DISEMBER 2017
NAMA PENSYARAH : EN. ABDUL GHANI JUSOH
NAMA
|
NO. MATRIK
|
NOOR NAJIHAH BINTI AZMI
|
12DEE17F1042
|
NORSURIATI BINTI RAZALI
|
12DEE17F1040
|
PENGHARGAAN
Assalamualaikum bersyukur ke hadrat ilahi diatas pengurniaan dan ruang pada kumpulan kami untuk menyelesaikan satu tugasan yang agak mencabar dalam menghasilkan satu kertas kerja yang bertajuk berkaitan tentang proses kejadian manusia menurut al-quran dan sains berdasarkan dalil-dalil yang sahih.Terima kasih diucapkan kerana telah memberi waktu untuk menyelesaikan kertas kerja ini dan peringanan ini amatlah bermakna untuk kumpulan kami.Dengan melaksanakan tugasan ini kami telah dapat mempelajari pelbagai ilmu yang berkaitan proses kejadian manusia
PENGENALAN
Islam merupakan al-Din yang paling lengkap dan sempurna, dimana agama islam mengatasi agama-agama samawi yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah S.W.T secara langsung serta diturunkan melalui Kitab, iaitu Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir.
Asal usul kejadian manusia menurut pandangan Islam sangat bertentangan dengan apa yang telah dikemukakan oleh para pencetus dan pendukung teori evolusi iaitu Charles Darwin, dimana beliau berpendapat bahawa mahkluk hidup yang termasuk manusia berasal daripada evolusi atau perubahan-perubahan mahkluk sebelumnya yang memiliki kemampuan sederhana.
Perubahan-perubahan tersebut membuat kemampuan dan ciri-ciri manusia menjadi lebih sempurna serta pendapat ini disokong kuat dengan penemuan beberapa fakta ilmiah seperti fosil daripada manusia purba iaitu Meghanthropus dan Pithecanthropus dari pelbagai daerah.
Di sini timbulnya percanggahan pendapat dari semua agama di dunia, dimana menentang pendapat teori evolusi Charles Darwin dan penentangan ini terjadi kerana pemikiran mereka didasarkan pada berita-berita dan informasi dalam kitab sucinya masing-masing. Salah satu daripada kitab suci tersebut adalah Al-Quran dimana Al-Quran adalah kitab suci agama Islam dan ianya banyak menyebutkan tentang beberapa proses kejadian manusia yang lebih terperinci dan jelas.
PROSES KEJADIAN MANUSIA
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin pada usia 12 minggu
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui uri
PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
Fitrah Kejadian Manusia dari perspektif Agama dan Biologi
Pertumbuhan dan Perkembangan Sepanjang Hayat
Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan paten perubahan fizikal, kognitif dan sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Manusia secara fitrahnya berkembang seperti bulan sabit: bersifat lemah pada usia awalnya, semakin membesar dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas. Justeru, pertumbuhan dan perkembangan manusia meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak, remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian.
Ahli falsafah menanggap fitrah kejadian manusia berasaskan konsep tiga konsep iaitu semulajadi berdosa, tabula rasa dan ‘innate goodness’.
Pada kurun pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersihkan mereka daripada dosa-dosa tersebut.
Pada kurun pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersihkan mereka daripada dosa-dosa tersebut.
Pada kurun ke-17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan seperti ‘blank blanket’. Keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.
Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep innate goodness view. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan sedia baik. Oleh itu, beliau mencadangkan agar kanak-kanak dibiarkan membesarkan secara semula-jadi dengan pengawasan yang minimum.
Falsafah Kejadian Manusia Daripada Perspektif Al-Quran & Sunnah
Berikut merupakan antara falsafah fitrah kejadian manusia yang diwariskan melalui Quran dan sunnah:
· Manusia adalah sebaik-baik kejadian
· Manusia adalah khalifah Allah (mengurus dan mentadbir alam) menuju kesejahteraan
· Manusia pertama (Adam) dicipta dari tanah, manakala Hawa (isteri Adam) dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
· Anak lahir ibarat kain putih. Ibubapa yang menjadikannya seorang majusi, nasrani dsb.
· Setiap manusia mempunyai dua musuh utama sejak lahir iaitu hawa nafsu dan syaitan
· Para Rasul diutus untuk memimpin manusia pada jalan kebenaran
· Manusia yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa & berakhlak mulia
· Setiap manusia mempunyai nasib tersendiri (Qada’ dan Qadar)
· Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah
· Manusia bersifat gelisah dan tergesa-gesa, kecuali orang-orang yang sabar dan tetap dalam mendirikan solat dengan sempurna
· Manusia dihidupkan dan dimatikan untuk diuji siapakah yang terbaik amalannya ketika di dunia
· Pusingan hidup manusia ibarat bulan sabit
· Setiap manusia akan diberi pembalasan di hari akhirat
· Kehidupan di dunia bersifat sementara. Kehidupan abadi (tanpa kematian) adalah di akhirat.
Proses dan Jangka Masa Perkembangan
Pertumbuhan dan perkembangan manusia mempunyai persamaan dan perbezaan di antara satu sama lain. Perkembangan manusia juga bersifat kompleks kerana ianya terhasil daripada proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia. Setiap manusia melalui proses kelahiran, tumbesaran dan kematian. Namun dalam proses tersebut, setiap individu melalui pengalaman yang berbeza dan akhirnya menjadikan setiap individu adalah unik.
Proses Biologi, Kognitif dan Psiko-Emosi
Proses biologi merupakan proses perubahan fizikal manusia secara semula-jadi. Gen daripada keluarga, pertumbuhan otak, pertambahan tinggi dan berat badan, perubahan kemahiran motor, perubahan hormon dan penurunan kardiovaskular mencerminkan peranan proses biologi dalam pertumbuhan manusia.
Proses kognitif merupakan perubahan pemikiran, kepintaran dan bahasa manusia. Proses sosio-emosi pula berkait dengan perubahan dalam hubungan manusia dengan orang lain, perubahan emosi serta personalitinya.
Kesemua proses ini saling berhubungan, berintegrasi dan mempengaruhi antara satu sama lain. Sehubungan itu, pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah intergrasi antara proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia.
Tempoh Perkembangan
Tempoh perkembangan merujuk kepada jangka masa dalam kehidupan seseorang yang ditandakan dengan beberapa kriteria. Tempoh perkembangan manusia dibahagikan tahap mengikut turutan iaitu:
1. Prenatal: Prenatal adalah tempoh masa dari dalam kandungan sehingga kelahiran. Melibatkan pertumbuhan pesat dari satu unit sel kepada satu ornisma kompleks.
2. Bayi: 18 bulan hingga 24 bulan. Tempoh kebergantungan yang tinggi kepada orang dewasa dan tempoh permulaan aktiviti psikologi.
3. Kanak-kanak awal: 25 bulan hingga 6 tahun. Juga dikenali sebagai peringkat pra-sekolah. Belajar menjadi self-sufficient, bersedia untuk belajar dan suka bermain dengan rakan sebaya.
4. Kanak-kanak pertengahan dan akhir: 6 hingga 11 tahun. Mula bersekolah. Dikenali sebagai tempoh the elementary school year. Mula menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis.
5. Remaja: Tempoh transisi daripada kanak-kanak kepada orang dewasa awal. Bermula antara 10-12 tahun sehingga 18-22 tahun. Mengalami pertumbuhan biologi yang pesat. Mula berdikari, membentuk identiti, berfikiran logik, abstrak dan idealistik.
6. Dewasa awal: Awal 20-an hingga 30-an. Masa pengukuhan pribadi, ekonomi dan memulakan hidup berkeluarga.
7. Dewasa pertengahan: 40 an-60-an. Menjadi matang dan memperolehi kepuasan kerjaya.
8. Dewasa akhir: 60-an atau 70-an hingga meninggal dunia. Terbahagi kepada dua iaitu tua awal (65-74 tahun) dan tua akhir (75 tahun dan ke atas).
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS
1) Tahap pra-embrionik
Pada tahap pertama,zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel,dan terbentuklah segumpulan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding Rahim . Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar ,sel-sel penyusunya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.
2)Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.
Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.
Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses pertumbuhan janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai manusia , terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih cepat berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak manusia memerlukan waktu yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak manusia memerlukan waktu yang panjang untuk mendapat pendidikanbagi dapat berdiri sendiri . Makin moden satu masyarakat, maka makin lama masa yang diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan warganya.
Anak haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan nauluri perbuatan haiwan berasas dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah kemahuan tidak sedar dalam diri manusia, haiwan dan tumbuhan sejak ia lahir lagi. Anak haiwan dengan sendirinya pandai makan tanpa perlu ditunjuk ajar oleh orang tuanya.Burung dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti yang dibuat oleh ibunya sebelum ini.
Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia mempunyai perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis. Ia memiliki kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan persekitarannya dan apa yang paling penting adalah tumbuh kemampuan untuk berfikir, sehingga dapat mempelajari bahasa yang didengari daripada orang persekitarannya.Melalui bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa jua yang ada dalam dirinya kepada orang di sekelilingnya. . Maka terjalinlah hubungan rohaniah di antara anak manusia itu dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai kehidupan sosialnya.
Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam proses pertumbuhan anak manusia, dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti kejiwaan, yang memungkinkannya menyertai aktiviti social. Kejiwaan dan social inilah yang tidak ada pada haiwan, sekalipun jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak perbezaannya antara orang hutan, cimpanzi atau gorilla dengan manusia. Kerana itulah Julian Huxley, seorang neo-Darwinis yang terkenal juga menyebut manusia sebagai makhluk yang berjiwa dan bermasyarakat.
Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi pun mengakuinya.Apa yang menjadi permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu unsur asal yang berdiri secara sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad dengan anggota tubuh badannya. Perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan melalui sains.Asas sains adalah penyelidikan dan eksperimen. Penyelidikan dan eksperimen hanya boleh dilaksanakan ke atas benda yang bersifat material sedangkan jiwa adalah perkara ghaib.
Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa menurut sains, manusia terdiri daripada jasad yang bermula dengan benda, ia tidak banyak beza dengan jasad haiwan.Akan tetapi dari segi batiniah perbezaan yang amat ketara akan kelihatan. Manusia mempunyai jiwa yang memungkinkan otak itu berfikir. Kalbunya jadi sumber penghayatan rohaniah dan tangan menjadi pangkal teknik, mewujudkan apa yang difikirkan oleh otak dan dirasakan oleh kalbu. Sains juga telah menyediakan satu cabang khusus untuk jiwa yang lebih dikenali sebagai psikologi. Jiwa memungkinkan individu manusia membentuk kehidupan sosial. Kehidupan sosial inilah yang membentuk masyarakat dan di dalam masyarakatlah manusia hidup secara kemanusiaan
SUMBER RUJUKAN
http://lifebeginsat101.blogspot.my/2017/01/proses-kejadian-manusia-menurut-al.html
http://rashidcintakanilahi.blogspot.my/
http://islam4everyones.blogspot.my/
http://www.waktusolat.net/kejadian-manusia.blogspot.com/2008/11/proses-kejadian-manusia.html
LAMPIRAN
KESIMPULAN
Kesimpulannya proses kejadian
manusia terbahagi kepada 2 teori iaitu barat dan islam. melalui teori barat
pada mulanya dipercayai tetapi akhirnya diragui oleh golongan intelektual dan
di anggap tidak relevan. hanya teori islam masih relevan dan terbukti hingga
kini. Oleh itu manusia dianggap mulia dan sebaik-baik kejadian di muka bumi.
manusia juga telah menjadi khalifah di muka bumi ini dengan menjalankan
tanggungjawab dan tugasan mereka. Tanggungjawab itu merupakan amanah Allah
Subhanahu wa ta’ala. Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan
penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipangdang hina oleh masyarakat. Bagi memikul
tanggungjawab ini, pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah sangat penting
bagi melancarkan tugasan yang telah di berikan oleh Allah (Subhanahu wa ta’ala)
kepada kita. Kita seharusnya menghargai darjat yang dikurniakan oleh Allah
kepada kita dan kerana kita adala semulia-mulia kejadian yang telah diciptakan
oleh Allah.
SEKIAN:)
Comments
Post a Comment